logo

TERMA & SYARAT

Halaman ini menerangkan terma dan syarat-syarat penggunaan laman sesawang Auto Grand Wheel (AGW) ini serta hak dan tanggungjawab anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman sesawang ini.

Sekiranya anda mengakses laman sesawang ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada terma dan syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dengan kami, AGW bagi akses dan/atau penggunaan maklumat di laman sesawang ini.

Syarat-syarat yang dipaparkan di halaman ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi laman sesawang ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman sesawang ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa pihak AGW tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

(1) penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam laman sesawang ini;
(2) kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman sesawang ini;
(3) akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
(4) kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman sesawang ini; atau
(5) perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman sesawang ini.

Pautan

Pihak AGW boleh menyediakan pautan kepada laman sesawang yang lain. Laman-laman sesawang tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, pihak AGW tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa pihak AGW tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa pihak AGW tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Perubahan kepada Terma & Syarat-syarat

Pihak AGW mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

AGW mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa pihak AGW tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Umum

Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.